LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Liga Premier, Kuching City nampaknya akan meluaskan jumlah pemain bola sepaknya apabila dilihat bakal mempunyai pasukan wanita sendiri.

Kelab yang bertapak di Kuching itu akan menjalankan satu Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Wanita Kuching City FC dalam masa terdekat di ketetapan di bawah

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI
  • Tarikh : 2 Julai 2022 (Sabtu)
  • Venue : Padang D
  • Masa : 7.00 pagi

Kuching City FC dalam pada itu menjemput semua pemain bola sepak wanita warganegara Malaysia, yang berminat untuk menyertai pemilihan terbuka pasukan bolasepak wanita Kuching City FC.

Pemain diminta untuk berpakaian bola sepak ketika turun untuk sesi pemilihan.

Menurut kenyataan di laman rasmi kelab tersebut, pemain yang dipilih akan mewakili kelab tersebut di kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2022 Peringkat Zon Sarawak yang bakal berlangsung bulan Julai 2022 kelak.