Stadium Negeri bakal dapat wajah baharu

Lebih banyak khabar berita didengari oleh SarawakCrocs baru-baru ini, dengan satu lagi perkhabaran positif membabitkan Stadium Negeri Sarawak.

Menurut pemahaman SarawakCrocs, penasihat Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Hanifah Taib telah mencadangkan Stadium Negeri diberi nafas baharu. SarawakCrocs difahamkan kerja-kerja tersebut turut membabitkan kerja mengecat, dengan perubahan dari segi kelengkapan diubah suai bagi memenuhi keperluan pasukan bolasepak Sarawak.

Hanifah yang juga disebut sebagai bakal Presiden FAS yang baru turut dikatakan berkemungkinan akan membawa banyak perubahan kepada cara pasukan Sarawak diuruskan, selaras dengan penswastaan pasukan kepada sebuat kelab bolasepak professional.

Sebelum ini, pihak FAS dilihat sukar membuat perubahan kepada Stadium Negeri kerana ianya dibawah jagaan Perbadanan Stadium Negeri.

Keadaan ini menyaksikan FAS terpaksa merayu kepada pihak bertanggungjawab untuk membaik pulih kemudahan di stadium tersebut, termasuk mengeluarkan dana sendiri bagi menempatkan kemudahan yang ingin mereka adakan.

Sungguhpun demikian, dengan ura-ura FAS akan mengambil alih Stadium Negeri, perubahan yang dicadangkan oleh Hanifah dijangka boleh dilakukan dengan mudah kali ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top