Dalam satu perlawanan persahabatan, beberapa pemain Sarawak yang terdiri daripada Fadzley Rahim, Muamer Salibasic, Akmal Rizal, Hairol Mokhtar, Dzulazlan Ibrahim, Ashri Chuchu dan Mazwandi Zakeria ditewaskan dengan jarinagn 6-0 oleh pelajar-pelajar yang mewakili SMK Sadong Jaya, yang merupakan satu daripada tiga sekolah yang dilawati oleh skuad Bujang Senang pada hari ini.
Perlawanan yang diadakan diatas padang licin menyaksikan pemain Sarawak tidak mengenakan pakaian sesuai untuk beraksi, dimana kebanyakan pemain skuad Bujang Senang tidak menggunakan kasut bolasepak untuk perlawanan tersebut.
Kelibat Muamer dan rakan-rakan juga kelihatan beraksi dengan berhati-hati, tetapi tetap berjaya memukau pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang turun dengan ramai demi untuk menyaksikan pemain-pemain Sarawak beraksi di hadapan mata mereka sendiri.
Selain perlawanan persahabatan tersebut, pemain-pemain Sarawak turut berkesempatan meluangkan masa bertemu dan bermesra dengan pelajar dan guru sekolah, sambil mengagihkan beberapa cenderahati kepada pelajar dan guru yang bertuah.
Selain SMKĀ Sadong Jaya, lawatan seumpamanya turut diadakan serentak di SMK Bau dan SMK Lundu.
Gambar skuad Bujang Senang di SMK Lundu ehsan Muhd Shahrul Redza.
PROMOSI: Dapatkan mafla bolasepak Sarawak Ngap Sayot di www.alltimeapparel.com