Datuk Posa Majais sah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) selepas beliau mendapat pencalonan dan sokongan penuh ahli gabungan FAS pagi ini tadi.
Mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Kuching itu turut menyaksikan Posa melahirkan harapan beliau agar semua ahli gabungan FAS, termasuk peminat pasukan Bujang Senang, memberikan beliau dan pihak pengurusan FAS yang baru peluang untuk menjalankan tugas ke arah membangunkan bolasepak Sarawak.
Dalam perkembangan sama, Posa juga enggan membuat spekulasi berkenaan pelan penswastaan pasukan bolasepak Sarawak buat masa ini sambil menyatakan perkara itu akan diteliti pada masa hadapan.
Pelantikan Posa menamatkan spekulasi empat bulan Presiden FAS. Sebelum ini FAS menghadapi kesukaran melantik presiden baru susulan penolakan mantan presidennya, Datu Sudarsono, untuk dicalonkan semula.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Mak iiii….
So???
Manusia penoh perasaan dengki ng kedak ya. Sik hal. Allah ada.
Mana2 jak..asalkan mampu ngembak Sarawak jd juara..yeahhhhhaaa
Semoga mampu memperbaiki menaikkan nama swk dlm liga..
Smoga dapat kejayaan pd thn 2017 tok amen…
Aok ja lh….
Semoga ada perubahan untuk Pasukan Sarawak Tahun 2017.
[…] merupakan presiden baharu FAS selepas beliau dicalonkandan diterima sebulat suara oleh semua ahli gabungan FAS hari […]