SMJ Cup 2022 yang dianjurkan sebagai kejohanan pra-musim oleh Sabah bakal menemukan empat pasukan dari seluruh Malaysia.
Pasukan yang bertanding adalah Darul Aman, Kelantan United, Sarawak United, dan pasukan tuan rumah, Sabah.
Tiga daripada pasukan piala tersebut adalah pasukan Liga Super dengan Kelantan United pasukan tunggal dari Liga Premier.
Piala yang diadakan di Stadium Likas itu akan bermula dari 12 Februari sehingga 18 Februari ini, dan ianya bakal menyaksikan semua pasukan bermain sekali menentang setiap pasukan.
Adalah dijangkakan bahawa kesemua kelab yang bertanding di dalam piala tersebut akan menggunakan peluang tersebut untuk menguji keserasian pemain mereka bagi persediaan mengharungi Liga Malaysia kelak.
Sarawak United sebelum ini telah mengesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan tersebut, namun nama dua lagi pasukan belum diumumkan ketika pengumuman tersebut dibuat.
Dalam pada itu, Sarawak United dijangka menentang Darul Aman pada 12 Februari, sebelum menentang Sabah pada 15 Februari dan akhir sekali Kelantan United pada 18 Februari.