Malaysia telah diundi dalam kumpulan sama bersama seteru serantau Indonesia, Vietnam dan Thailand untuk Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023.

Cabutan undi yang dilakukan oleh Tim Cahill menyaksikan UAE melengkapkan Kumpulan G, sekaligus menjadi satu-satunya negara yang bukan dari Asia Tenggara berada di dalam kumpulan tersebut.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Keputusan cabutan kumpulan tersebut dilihat tidak memberikan kelebihan kepada Malaysia semua pasukan dari Asia Tenggara adalah hampir sama kuat, dengan UAE berada di kelas tersendiri.

Juga menarik daripada cabutan kumpulan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 adalah kedudukan negara Korea Selatan dan Korea Utara yang dicabut di dalam kumpukan yang sama.

Keputusan penuh bagi cabutan adalah seperti di bawah:

KUMPULAN A

  • China
  • Syria
  • Filipina
  • Maldives
  • Guam

KUMPULAN B

  • Australia
  • Jordan
  • Taiwan
  • Kuwait
  • Nepal

KUMPULAN C

  • Iran
  • Iraq
  • Bahrain
  • Hong Kong
  • Cambodia

KUMPULAN D

  • Saudi Arabia
  • Uzbekistan
  • Palestine
  • Yemen
  • Singapore

KUMPULAN E

  • Bangladesh
  • Oman
  • India
  • Afghanistan
  • Qatar

KUMPULAN G

  • Thailand
  • UEA
  • Vietnam
  • Malaysia
  • Indonesia

KUMPULAN H

  • Korea Selatan
  • Libya
  • Korea Utara
  • Turkmenistan
  • Sri Lanka

Pusingan kelayakan Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 akan bermula 5 September ini.