Wujud spekulasi bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan mewujudkan sebuah pasukan lagi untuk musim hadapan dengan nama Sarawak II.
Langkah mewujudkan satu lagi pasukan dikatakan adalah untuk mengikut jejak langkah Persatuan Boalasepak Negeri Johor (PBNJ) yang kini mempunya dua pasukan professional di bawah naunganya, yakni JDT I dan JDT II.
Menurut sumber pihak SarawakCrocs.com, pasukan tersebut mungkin berpusat di Miri, namun beliau enggan mendedahkan jika sumber tersebut adalah sahih. Tambah sumber tersebut, pasukan baru itu akan diuruskan oleh bekas pengurus pasukan Sarawak, yakni Captain Gulzar.
Pihak SarawakCrocs.com telah cuba mendapatkan informasi rasmi dari pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), tetapi kenalan kami di FAS hanya memaklumkan bahawa beliau tidak boleh membuat sebarang penyataan, sambil mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai wang boleh membuat pasukan bolasepak.
Pihak UltraCrocs yang kami turut hubungi walaubagaimanapun berkata bahawa jika berita ini benar, Sarawak tidak harus hanya membuat satu pasukan, tetapi lebih baik membuka dua lagi pasukan baru bagi mewakili zon tengah (Sibu), dan zon selatan Sarawak (Miri).
Sungguhpun demikian, pihak UltraCrocs juga menyatakan kegusaran mereka berkenaan kebolehan dari segi kewangan di pihak FAS sambil mempersoalkan jika FAS mempunyai dana yang mencukupi untuk membantu dan membangunkan pasukan-pasukan baru ini.