Skuad Sabah musim depan utamakan pemain Sabah

Jurulatih baharu Sabah FA, Azraai Khor mendedahkan bahawa beliau akan hanya membawa masuk pemain dari semenanjung jika ada keperluan bagi mengisi kekosongan yang tidak dapat diisi pemain-pemain tempatan Sabah.

Menurut Azraai, jika ini berlaku, pemilihan pemain dari Semenanjung juga akan diadakan melalui sesi pemilihan terbuka.

Selain daripada itu Azraai kini sedang sibuk dengan pemilihan pemain Sabah bagi musim hadapan dimana beliau telah memulakan mengadakan sesi pemilihan terbuka di Stadium Likas semalam.

Sesi pemilihan tersebut telah menyaksikan hampir 700 orang datang untuk mencuba nasib bagi memantapkan skuad Sang Badak pada musim hadapan.

Azraii juga telah memaklumkan beliau akan juga meneliti pemain-pemain di Liga Rakyat Sabah untuk mencari bakat baharu bagi skuadnya musim hadapan.

Sumber: Astro Arena

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top