Home Malaysian football Skuad FAM – MSN layak dapat mata dari perlawanan menentang Kuching City

Skuad FAM – MSN layak dapat mata dari perlawanan menentang Kuching City

Kegagalan kelab bola sepak Kuching City memungut mata penuh ke atas pasukan Skuad FAM – MSN malam tadi jelas mengecewakan barisan kejurulatih kelab tersebut.

Penolong ketua jurulatih kelab tersebut, Sulaiman Hussin, berkata bahawa MSN sememangnya layak mendapat mata dari perlawanan tersebut kerana mereka telah bermain dengan baik berbanding pasukannya.

“Tahniah kepada pasukan MSN kerana dapat mata pertama. Saya lihat mereka lebih bernafsu. Walaupun kami mendahului dua kali, namun kesilapan menyaksikan dua gol dijaringkan pasukan MSN.” kata Sulaiman selepas perlawanan.

Sulaiman juga menegaskan pemain beliau gagal bermain seperti yang dirancang, dan ini sekaligus menyaksikan pasukannya terus gagal mendapatkan mata penuh.

“Kita tidak bermain seperti dirancang. Nampak beberapa aspek perlu kita lihat sebelum perlawanan akan datang.” katanya lagi.

“Hari ini saya lihat mereka (Skuad FAM – MSN) lebih baik dari kami, jadi satu mata adalah adil untuk kedua – dua pasukan.” jelas Sulaiman lagi.

Sulaiman yang jelas agak kecewa dengan keputusan itu menyatakan bahawa pihaknya akur dengan keputusan tersebut, dan telah belajar dari kegagalan memungut mata penuh apabila menentang pasukan muda negara itu.

“Kita terima satu mata hari ini walaupun hakikatnuya kita boleh dapat tiga mata.” kata Sulaiman lagi.

Kuching City berkongsi mata dengan skuan FAM – MSN malam tadi biarpun mendahului perlawanan sebanyak dua kali.

Keputusan tersebut menyaksikan Kuching City semakin sukar untuk naik ke atas Liga Premier, dan sekaligus merealisasikan hasrat untuk ke Liga Super musim hadapan.

Previous articleKedudukan Kuching City merisaukan selepas seri menentang Skuad Projek FAM-MSN
Next articleImej Irfan Bakti tidak tercalar biarpun Kuching City gagal tewaskan Skuad FAM – MSN