Kelab bolasepak Sibu District FC dikhabarkan sedang mengintai khidmat seorang jurulatih kelahiran Sarawak bagi mengemudi kelab tersebut.
Menurut fahaman kami, Sibu District belum memuktamadkan jurulatih tersebut, namun beliau kini terletak di dalam senarai paling atas untuk jawatan tersebut.
Jurulatih tersebut merupakan bekas pengemudi pasukan bola sepak wanita Sarawak, yang mana pernah bekerjasama dengan beberapa ahli pengurusan di dalam kelab bola sepak tersebut pada masa lampau.
Kami difahamkan bahawa jika jurulatih ini diberi mandat, beliau akan diberi ruang besar untuk merancang pasukan baharunya tanpa gangguan daripada pihak pengurusan Sibu District.
Sibu District merupakan kelab bola sepak terbaharu di Sarawak, dengan kelab tersebut dikhabarkan berhajat untuk menyertai Liga M3 dalam masa terdekat.
Buat masa ini, kelab tersebut sudahpun memulakan kerja pembinaan padang dan kemudahan untuk kegunaan kelab tersebut, dan logo kelab tersebut kini sedang dipilih.