Kelab bola sepak Sibu District dilihat mungkin akan mengikut jejak langkah kelab bolasepak profesional Kuchig City pada masa hadapan.
Ini dilihat berdasarkan kenyataan terbaharu Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi N55 Nangka, Dr. Haji Annuar bin Rapa’ee yang mengumumkan bahawa DUN Nangka akan membuka tender untuk pembinaan dua padang bolasepak di DUN Nangka yang menggunakan rumput sintetik dan rumput biasa.
Menurut kenyataan Annuar, tender bagi kedua – dua padang tersebut akan meliputi pembinaan padang menguna rumput sintetik berlampu limpah dengan anggaran kos RM 2.25 juta di Permai , dan padang menguna rumput biasa berlampu limpah dengan anggaran kos RM2.0 juta di Perumahan Baru Kemuyang.
Annuar turut mengumumkan bahawa kedua-dua padang ini akan di cadangkan sebagai “HomeGround” Kelab Bolasepak Daerah Sibu (Sibu District FC).
Sibu District sebelum ini telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Kuching City semasa jelajah pasukan tersebut di Sibu.
Jika andaian bahawa Sibu District akan mengikut jejak langkah Kuching City FC menjadi kelab profesional bagi mewakili bahagian Sibu, ianya pasti akan menjadi satu berita cukup mengembirakan bagi pendudukan zon tengah Sarawak tersebut yang sebelum ini terpaksa pasrah dengan menyokong pasukan Sarawak FA dari jauh.
Apapun, perkembangan pembinaan dua padang bola sepak di Sibu ini merupakan satu titik tanda positif bagi bola sepak Sibu dan ianya sudah pasti akan membawa kepada pertambahan pemain bola sepak profesional dari Sarawak secara umumnya.