Sarawak FA telahpun mengambil beberapa pemain import untuk musim 2020, dan salah seorangnya adalah pemain pertahanan Uganda Hitimana.

Sungguhpun demikian, maklumat berkenaan Hitimana agak sukar diperolehi secara atas talian pada masa pencarian.

Ini menimbulkan kesukaran memperolehi maklumat betul berkenaan pemain tersebut dengan laman Selangor football meletakkan Hitimana sebagai pemain dari Nigeria.

Laman Wikipedia pula meletakkan beliau dari Uganda, dengan laporan akhbar seperti menyatakan beliau adalah pemain Rwanda.

Apapun, Hitimana yang merupakan pemain pertahanan tengah bukanlah asing dengan bola sepak Malaysia,

Beliau pernah bermain dengan pasukan Liga M3 Protap FC musim lepas dan sering diturunkan. Pada musim lepas, Protap ditaja oleh Harini Sdn Bhd, yakni syarikat sama yang menaja pasukan Sarawak FA musim ini.

Di peringkat antarabangsa, Hitimana dipercayai merupakan mantan kepten pasukan bawah-23 tahun Uganda.

Selain mewakili Protap FC, beliau pernah bermain dengan pasukan Atraco FC di Rwanda and Express FC di Uganda.

Pada tahun 2006, nilai beliau adalah sekitar $5000 (RM20,000).