Shahrol kini jurulatih kecergasan FAS

Pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini mengumumkan bahawa mereka telahpun mengotakan janji mereka berhubung isu pengguguran pemain veteran, Shahrol Saperi.

Menurut laman Facebook rasmi FAS, Shahrol kini telah kembali ke pasukan Sarawak FA sebagai ‘jurulatih kecergasan’, dengan pihak FAS turut memuat naik video beliau memberi arahan latihan.

Nasib yang menimpa Shahrol Saperi heboh diperkatakan sebelum ini, dengan maklum balas daripada rakan karib beliau Joseph Kalang Tie terus memviralkan nasib Shahrol yang digugurkan daripada pasukan Bujang Senang ekoran kecederaan.

Pihak FAS selepas itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shahrol akan diberi tugasan lain semasa cedera, dan gaji yang bersesuaian dengan peranan baharu beliau.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top