Kuching City bakal melancarkan jersi baharu mereka tidak lama ini.
Ini menyaksikan kelab tersebut mengeluarkan video ringkas ‘teaser’ pelancaran jersi Kuching City.
Dalam video tersebut, telah tertiris senarai penaja – penaja kelab tersebut, dan menariknya, nama syarikat Serba Dinamik tertera pada koleksi penaja kelab tersebut.
Kehadiran logo Serba Dinamik di kedudukan teratas senarai penaja memberi gambaran bahawa syarikat global tersebut berkemungkinan menjadi penaja utama kelab Kuching City, dan ianya sekaigus memberi gambaran kekuatan sumber kewangan kelab tersebut.
Pihak Kuching City telah sebelum ini menyatakan bahawa kelab tersebut sedang membincangkan kerjasama bersama Serba Dinamik, namun tidak pula ada menyatakan samada ianya akhirnya bersetuju menjadi penaja kelab tersebut.

Jika anda tidak tahu, Serba Dinamik adalah sebuah syarikat berstatus global yang terlibat di dalam bidang tenaga dan gas.
Selain itu, ianya juga terlibat di dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, dengan cawangan – cawangan syarikat tersebut beroperasi di Semenanjung Malaysia, kepulauan Maldives dan Arab Saudi.
Syarikat yang bertapak di Shah Alam itu menyertai penaja – penaja lain Kuching City termasuk Yakult, LSC, Grab and Go Burger, AhmadTamar, Khaimal Borneo, Graphic Avenue dan Malaysia Airlines.