Sepak mula Liga Malaysia lebih fleksibel

Malaysia Football League (MFL) telah memperkenalkan masa sepak mula yang lebih yang fleksibel bagi jadual Liga Malaysia musim 2023.

Menurut kenyataan MFL, sepak mula bagi perlawanan kini terbahagi kepada tiga slot pada hari biasa, dan satu slot pada bulan Ramadan.

Berdasarkan formula itu, perlawanan di Semenanjung Malaysia boleh dimulakan pada 5:15pm / 5:30pm untuk slot pertama, 8:15pm untuk sepak mula slot kedua, dan 9:00pm untuk slot ketiga jika perlawanan adalah pada hari biasa. Bagi bulan Ramadan, perlawanan dijadualkan pada 10:00pm.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, slot sepak mula adalah 4:30pm / 4:45pm bagi slot satu, 7:30pm bagi slot kedua, dan 8:15pm bagi slot ketiga dengan perlawanan dijadualkan pada 9:15pm bagi bulan Ramadan.

MFL menjelaskan bahawa pengenalan waktu sepak mula baharu itu adalah bagi menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta memujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.

Tambah MFL, sepak mula walaubagaimanapun boleh diubah mengikut perancangan penyiar rasmi Liga Malaysia.

“Langkah MFL untuk memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu lebih awal pada sebelah petang adalah untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta memujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.

“Walau bagaimanapun, waktu sepak mula perlawanan juga adalah tertakluk kepada penyiar rasmi dan MFL.” kata MFL dalam kenyataannya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top