Home Malaysian football Senarai nama kelayakan Piala Dunia adalah palsu

Senarai nama kelayakan Piala Dunia adalah palsu

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menyatakan bahawa senarai nama pemain bolasepak kebangsaan yang dikeluarkan di media sosial baru-baru ini adalah palsu.

Menurut ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Dollah Salleh dan juga Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, senarai senarai akhir pasukan kebangsaan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia masih belum diputuskan lagi.

Semalam, ada pihak telah menghubungi SarawakCrocs.com dengan memberikan senarai nama yang dikatakan adalah senarai rasmi pasukan kebangsaan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia. Di dalam senarai itu, Joseph Kalang merupakan wakil tunggal dari Sarawak di dalam pasukan kebangsaan bagi pertandingan tersebut.

Sungguhpun kelihatan asli, pihak kami telah membuat penafian awal bahawa senarai tersebut belum sah lagi kerana wakil kami di FAM tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan senarai tersebut.

Previous articleAnother half-Malaysian found to be available for Harimau Malaya
Next articleFAM sedang berusaha menyelesaikan isu hak pengiaran Liga-M