Semua pemain import percubaan dihantar pulang

Pengarah Sukan Sabah FA, Adlane Messelem, mengesahkan bahawa semua pemain import yang hadir untuk sesi pengujian baru-baru ini telah dihantar pulang. Menurut Adlane, mereka telah dimaklumkan bahawa tiada tempat untuk mereka di dalam pasukan Sabah musim hadapan.

Pemain-pemain yang gagal mendapatkan tempat di dalam pasukan Liga Premier Sabah musim hadapan dikatakan terdiri daripada dua pemain Korea, dua pemain Croatia, dan seorang pemain Sepanyol.

Dalam perkembangan sama, Sabah FA juga sedang menunggu seorang pemain Algeria yang bakal tiba untuk sesi pengujian seterusnya di Stadium Likas.

Sabah juga sedang menunggu kehadiran lagenda bolasepak Perancis, Olivier Thomert, yang akan hadir di Negeri Di bawah Bayu itu di dalam masa terdekat untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan berkenaan kaedah mengembangkan arena bolasepak di Sabah.

Olivier pernah bermain bersama David Trezeguet, dan beliau akan berada di Sabah untuk dua minggu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top