Home Malaysian football Pemain Perancis pilihan utama

Pemain Perancis pilihan utama

Seorang lagi pemain Perancis hampir sekali menjadi pemain import terbaharu pasukan Liga Premier Sabah apabila beliau dilihat berkebolehan untuk memperkasakan pasukan yang berkubu di Likas itu.

Pemain tersebut adalah Sofiane Choubani, yang berumur 26 tahun, dan bermain sebagai pemain tengah.

Sofiane dilahirkan di Argenteuil, Peracis, dan beliau merupakan bekas pelatih pasukan FC Nantes.

Beliau dikhabarkan mempunyai skil individu yang baik, dan amat kreatif di padang, dan prestasi beliau dikatakan telah memikat ketua jurulatih Steve Vilmiaire, serta Pengarah Sukan SaBah FA Adlane Messelem.

Kemasukan Sofiane bakal menyaksikan Sabah diperkuatkan oleh dua pemain dari Perancis pada musim hadapan.

RECOMENDED LINKS:


9 COMMENTS

Comments are closed.