Selangor nafi tuduhan Paulo

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengeluarkan kenyataan Sabtu lalu susulan dakwaan penyerang import dari Brazil Paulo Rangel berkenaan kegagalan persatuan demikian melunaskan gajinya yang tertunggak selama tiga bulan.

Menurut FAS, Paulo telah dibayar lebih RM1 juta dan ini tidak termasuk bonus dari awal hingga akhir musim. Dakwa FAS, kontrak Paulo telah dilanjutkan oleh FAS selama dua tahun lagi sehingga 2016, dan beliau (Paulo) telah dibayar RM100,000 sebelum balik bercuti di Brazil.

Dalam pada itu, FAS mendakwa bahawa mereka akan berbincang dengan Paulo berkenaan tindaqkan lanjut terhadap beliau sekembalinya pemain ke Malaysia sambil memaklumkan bahawa Paulo telah diberi amaran berkenaan tindakan mengeluarkan kenyataan di media massa atau laman sosial.

Sumber: FAS

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top