Pasukan bolasepak Persatuan Bolasepak Selangor muncul pasukan yang mempunyai bilangan siaran langsung terbanyak di dalam Liga Super sehingga perlawanan ke-lapan.
Menurut analisis ringkas yang dilakukan oleh SarawakCrocs.com, Selangor diberikan lima siaran langsung sehingga kini, dengan hampir kesemua siaran tersebut berpunca daripada Stadium Selayang, yakni stadium yang digunakan oleh Selangor pada masa kini.
Sungguhpun demikian, pemberian siaran langsung Liga Super boleh diangap hampir sekata di anata semua pasukan dengan pasukan Pulau Pinang, Kelantan, Johor Darul Ta’zim dan Terengganu diberikan empat kali siaran langsung setakat ini, diikuti oleh felda United, Kedah dan Kedah.
Satu-satunya pasukan Liga Super dari Borneo, Sarawak, pula diberikan dua siaran langsung sehingga ke kini dimana kedua-dua perlawanan tersebut disiarkan dari tempat lawan.
Sementara itu, pasukan Pahang, Perak dan PDRM pula hanya diberikan satu siaran langsung di mana-mana stesen televisyen Media Prima, yang merupakan penyiar rasmi Liga Malaysia musim ini.
Ringkasan daripada analisis jumlah siaran langsung dapat anda lihat di imej di bawah.
Sukacita dimaklumkan bahawa statistik tersebut hanya mengambil kira perlawanan Liga Super sahaja, dan mengabaikan sepenuhnya jumlah siaran langsung yang diberikan kepada sesebuah pasukan untuk pertandingan lain seperti Piala FA dan Piala AFC. Ini adalah kerana pertandingan sedemikian tidak melibatkan kesemua 12 pasukan Liga Super dalam satu-satu masa.
Dalam pada itu, kami berharap bahawa statistik ini akan memberikan sedikit gambaran berkenaan aduan ‘berat sebelah’ yang dilemparkan kepada pihak berkenaan apabila siaran langsung dilaksanakan.