Home Malaysian football Selangor FC lancar jersi baharu dengan insipirasi ‘Legasi Mokhtar Dahari’

Selangor FC lancar jersi baharu dengan insipirasi ‘Legasi Mokhtar Dahari’

Kelab Liga Super Selangor FC hari ini telah melancarkan jersi musim 2021 kelab tersebut.

Pelancaran jersi baharu kelab tersebut dibuat dengan menggunakan video khas.

Jersi baharu jenama JOMA itu mengekalkan warna merah kuning yang menjadi kebanggaan kelab tersebut.

Ianya juga di inspirasikan oleh jersi lama kelab tersebut yang digayakan pada tahun 1986, ketika pasukan tersebut masih lagi digelar Selangor FA.

Menariknya, jersi tersbut pada ketika itu hanya digayakan sekali sahaja, yakni pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1986.

Ketika itu, Selangor memenangi Piala Malaysia.

Seperti jersi lama kelab tersebut, satu garis hijau melintang di dada jersi kali ini, namun beberapa tambahan menarik seperti lambang ‘Supermokh’ ditambah pada bahagian belakang jersi tersebut.

Adalah difahamkan warna hijau tersebut adalah diambil daripada bendera Raja Muda Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang merupakan peminat nombor satu pasukan Selangor pada ketika itu.

Kolar V jersi berkenaan juga mendapat sentuhan tambahan dengan rekaan retronya apabila warna merah dan kuning dipadankan dengan menarik pada bahagian dalam kolar tersebut.

Di bahagian lengan, garisan kuning bercorak bunga tanjung kelihatan sekaligus menambahkan lagi keunikan jersi lama yang diberi nafas baharu itu.

Bunga tanjung adalah bunga rasmi Selangor.

Anda boleh melihat video pelancaran jersi tersebut di bawah.

RECOMENDED LINKS: