Satu lagi pasukan mahu tarik diri dari Liga-M

Selepas Kelantan mengumumkan mahu menarik diri dari Liga Malaysia, kini satu lagi pasukan memberi bayangan mahu berbuat demikian. 

Pasukan Perlis yang kini bermain di Liga Premier menyatakan berkemungkinan akan menarik diri susulan menghadapi masalah kewangan. 

Persatuan Bolasepak Perlis juga memberi ketidakmampuan melakukan bayaran sewa stadium sebagai salah satu sebab keputusan tersebut mungkin terpaksa diambil. 

Kelantan dalam perkembangan sama juga telah menyatakan mahu menarik diri dari Liga Malaysia ekoran kegagalan mendapatkan penajaan mencukupi untuk saingan musim hadapan.  

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top