Pihak SarawakCrocs telah akhirnya mengeluarkan barangan berupa textile pertama hari ini dengan Mafla Sarawak. Tindakan SarawakCrocs adalah selaras dengan tindakan pelbagai pihak lain yang turut menjual barangan berkisar Sarawak sebelum ini.
Menurut jurucakap SarawakCrocs, pihaknya telah lama bekerjasama dengan pihak Otters Nation, dan beliau amat berpuas hati dengan kerja dan keluaran pihak pengeluar pakaian tersebut.
Bagi yang berminat mendapatkan mafla tersebut, anda dipelawa membuat pra-pendaftaran bagi mendapatkan mafla tersebut yang dijangka berharga tidak lebih RM35. Pra-pendaftaran boleh dibuat di laman blog Otters Nation: http://ottersnation.blogspot.com/2013/11/sarawak-mafla-to-be-released-soon.html
SarawakCrocs suka untuk mengingatkan bahawa semua urusan jual beli adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Otters Nation, termasuk pemasaran secara online di laman kedai www.eheartcharms.com.