LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pasukan bimbingannya selepas mereka melepaskan tiga gol mudah pada saat-saat akhir perlawananan.

Menurut jurulatih berpengalaman itu, pemain Sarawak terlibat patut meneliti kembali prestasi mereka dalam minit-minit terakhir perlawanan kerana tiga gol mudah jaringan UiTM FC adalah akibat kelalaian barisan pertahanan Sarawak.
ALBERT SAYS
Dalam pada itu, beliau turut mengulas bahawa jaringan tiga gol pihak lawan pada saat akhir itu sedikit sebanyak mencalarkan kegembiraan menang bergaya pada petang tadi.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Sarawak menang bergaya dalam perlawanan ke-14 Liga Perdana apabila membelasah UiTM FC 3-5 di Stadium UiTM Shah Alam petang tadi.

Sungguhpun demikian, Sarawak yang telah mendahului perlawanan 5-0, mula goyah apabila UiTM bangkit pada saat-saat akhir untuk merapatkan jurang gol selepas tendangan penalti yang dihadiahkan kepada pasukan tuan rumah disudahkan dengan mudah.

Kadar bolos Sarawak pada perlawanan ini merupakan kadar bolos tertinggi Sarawak dalam mana-mana perlawanan musim ini, dan ianya sekaligus meranapkan rekod ‘pertahanan terbaik Liga Perdana’ yang dipegang Sarawak.