Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sah melantik ElavarasanĀ a/l Elangowan sebagai Ketua Jurulatih Sarawak United I (SUI) malam tadi.
Elavarasan diperkenalkan kepada peminat bola sepak Sarawak di dalam satu majlis ringkas di Dataran Asajaya, yang mana juga merupakan majlis memperkenalkan jersi SUI dan juga pemain SUI.
Elavarasan merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam arena bola sepak Malaysia dengan beliau dianggap antara jurulatih ternama di Malaysia.
Antara kejayaan paling besar Elavarasan adalah membawa pasukan Melaka United ke Liga Super dan membawa pasukan PKNS FC ke final Piala Malaysia pada tahun 2016.
Pemilihan Elavarasan sebagai ketua jurulatih Sarawak United bukanlah satu rahsia namun ini adalah kali pertama FAS membuat kenyataan rasmi berhubung pelantikan beliau.
Sebelum ini, pelantikan Elavarasan hanya dikhabarkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai dengan beberapa gambar beliau tertiris di dalam baju yang mempunyai logo FAS.
Sungguhpun demikian, pihak FAS dan Sarawak United telah teru smendiamkan diri sehingga majlis memperkenalkan pemain malam tadi.