LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan Liga Malaysia menganggap cabaran dari aspek kewangan dapat diharungi sebaiknya selepas penstrukturan liga dilaksanakan pada musim depan dalam memastikan perjalanan pasukan berjalan lancar.

Dengan pertambahan perlawanan selepas 18 pasukan akan beraksi di pentas Liga Super musim depan menyaksikan pasukan perlu bersedia dengan kewangan yang lebih menyakinkan untuk mempersiapkan skuad dengan lebih baik.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pengurus pasukan Sabah FC, Ahmad Marzuki Nassir berpendapat setiap pasukan akan lebih bijak untuk menguruskan bajet kewangan selepas ini mengambil kira juga pertambahan pemain import untuk musim depan.

“Bagi Sabah, kita dapat melihat akan ada pertambahan kewangan dan itu yang kita kena pandai uruskan macam mana untuk mendapatkan bajet terutamanya bagi pemain import.

“Apabila kita ada pilihan yang ramai untuk import daripada sembilan pemain itu, tentunya senang untuk kita pilih sesuai dengan taktikal jurulatih untuk mereka bermain nanti”, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC pula, Bobie Farid Shamsudin tidak menolak cabaran daripada aspek kewangan yang akan dihadapi namun itu tidak akan menjadi halangan untuk mereka menyediakan pasukan yang lebih mantap musim depan.

“Selain kita melihat Perak berpeluang untuk beraksi di Liga Super, kita juga lebih fokus untuk membina kembali skuad ini.

“Penstrukturan semula memang langkah tepat untuk bawa liga kita ke satu tahap yang lebih tinggi dan kita perlu memenuhi setiap peraturan daripada segi perlesenan dan sebagainya.

“Walaupun tahu kewangan juga akan bertambah sebab jumlah perlawanan bertambah, tetapi untuk dapatkan pasukan bola sepak yang bagus, saingan liga yang terbaik, inilah yang perlu kita buat.

“Kita kena hadap untuk sentiasa mencari jalan sama-sama bagaimana untuk mengatasi cabaran kewangan dan kena fikir sama-sama jalan penyelesaian terbaik ”, katanya

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard pula menyifatkan pasukan akan lebih berpeluang untuk menjana pendapatan menerusi pelbagai penajaan seiring dengan pertambahan perlawanan musim depan.

Ini sekaligus akan membantu pasukan daripada segi kewangan meskipun beliau sedar pihak pengurusan perlu bersedia dengan dana yang lebih kukuh selepas ini.

“Kewangan memang ada cabaran sebab macam saya semuanya berkaitan bagaimana nak mencari dana setiap tiga dan empat bulan di mana ia bukan senang.

“Lebih banyak perlawanan, jadi lebih banyak minit permainan, dan dengan itu produk kita juga akan jadi lebih baik.

“Jadi apabila produk kita lebih baik, maksudnya kat sini kita boleh mendapat lebih banyak penajaan, kerjasama daripada pelbagai pihak dan lebih banyak penyiaran.

“Dari situlah mungkin banyak pasukan akan mudah untuk mendapatkan dana untuk kelab mereka”, jelasnya.

Terdahulu, Malaysian Football League (MFL) mengorak langkah dengan melakukan penstrukturan semula bagi memastikan liga bola sepak profesional negara itu lebih dinamik dan berdaya saing.

Pelaksanaan penstrukturan semula Liga Malaysia itu juga menyaksikan setiap pasukan akan beraksi dalam 34 perlawanan Liga Super bagi musim 2023 berbanding hanya 22 perlawanan sahaja ketika ini, tidak termasuk perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia. – MFL