Sarawak United tiris jersi musim 2021, bakal lancar selepas Gawai

Sarawak United akhirnya bakal melancarkan jersi musim 2021 selepas pelancarannya jersi jenama Joma tersebut tergendala hampir setengah tahun.

Melalui perkongsian kelab tersebut di media sosial, jersi tersebut akan hadir tidak lama lagi.

Daripada tirisan yang dipertayangkan, jersi tersebut akan mengekalkan jalur merah dan hitam pada bahagian hadapan dan akan menggunakan logo Sarawak United yang terbaharu.

Logo pada baju kali juga dipercayai akan menggunakan teknologi heat-press.

Juga kelihatan adalah kolar, dipercayai berwarna merah.

Kami juga percaya kolar kali ini adalah jenis V- selaras dengan trend jersi – jersi bola sepak masa kini yang dikeluarkan oleh JOMA.

Pada bahagian belakang jersi, lambang terabai secara melintang dilihat dletak di bahagian atas (bawah kolar), dengan keseluruhan belakang jersi tersebut dijangkakan berwarna hitam.

Sarawak United dijangka melancarkan jersi baharu mereka selepas peryaan Gawai Dayak, dengan jersi tersebut dijangkakan dilancarkan secara maya sebelum 20 June ini.

Adalah dikhabarkan jersi Sarawak United tidak dapat dilancarkan pada awal musim ini ekoran masalah teknikal dan ini sekaligus memaksa kelab tersebut menggunakan jersi seiras jersi Selangor United pada musim lalu untuk mengharungi pusingan pertama Liga Malaysia musim ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top