Sarawak United: The Golden Hornbill?

Sementara pihak kami cuba mengesahkan samada logo Sarawak United FC yang kelihatan semasa pelancaran Liga Malaysia 2020 adalah logo rasmi, terlintas di fikiran kami berkenaan penjenamaan pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Selangor United FC.

Malas kami nak komen banyak tentang logo tersebut sebab di mata yang berbeza, pendapat akan berbeza.

Sungguhpun demikian, yang kami perasan, logo burung kenyalang pada lambang tersebut berwarna emas.

Ini adalah berlainan dengan ‘burung kenyalang’ yang ada pada lambang Persatuan Bolasepak Sarawak.

Andaian kami kini adalah, adakah FAS sebagai pemilih Sarawak United akan membuat burung kenyalang sebagai maakot baharu pasukan Sarawak United?

Jika ya, inilah nama-nama timangan pasukan yang kami boleh fikirkan:

  • The Golden Hornbill (Kenyalang Emas)
  • The Hornbills (Kenyalang)
  • The Buceros

Apa pun, yang akan pasti menarik nanti adalah bagaimana proses penjualan jenama Sarawak United ini akan dilakukan.

Apa-apa pun, kita nantikan pengumuman dari pasukan yang kian mendapat tempat sebagai ‘media shy’ ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top