LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Sarawak United akan terus kekal di Liga Super musim hadapan selepas badan penganjur Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL), mengesahkan bahawa tiada penurunan pasukan bakal berlaku pada penghujung musim ini.

Ini adalah ekoran pembubaran Liga Premier dengan pasukan – pasukan di Liga Premier pula diserap ke Liga Super untuk musim hadapan.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Ini bermakna semua pasukan Liga Super, termasuk Sarawak United, akan terus bertarung di Liga Super tanpa perlu risau akan diturunkan liga buat musim ini.

Sarawak United yang kini di kedudukan bawahan Liga Super sebelum ini dilihat mempunyai peluang 50 – 50 untuk kekal di liga bola sepak tertinggi Malaysia itu ekoran keputusan yang kurang konsisten.

Peminat pasukan Kenyalang Emas itu rata – rata redha pasukan tersebut kini dalam keadaan kurang baik selepas terpaksa menukar Ketua Jurulatih sebanyak tiga kali pada musim ini.

Malah, keadaan Sarawak United dilihat lebih perit selepas hadirnya khabar bahawa kelab itu tidak dapat menyertai pintu perpindahan pemain akan datang ekoran sekatan perpindahan oleh FIFA baru – baru ini.

Dengan keputusan MFL membatalkan sebarang penyingkiran dari Liga Super, maka sekurang – kurangnya peminat Kenyalang Emas boleh menarik nafas lega mengenangkan bahawa pasukan kesayangan mereka masih lagi akan bertarung dalam kancah bola sepak tertinggi Malaysia pada musim hadapan.