Sarawak FA didakwa akan menjalankan Majlis Pelancaran jersi baharu pasukan tersebut di Pasar Asajaya di Samarahan.

Khabar tersebut telah dibuat oleh laman sosial Kamek Miak Sarawak yang menyatakan bahawa majlis tersebut akan berlangsung pada 8:30 malam pada 19 Februari 2020.

Laman sama turut menyatakan bahawa Ameng Spring akan hadir sebagai penyanyi jemputan pada majlis itu.

Buat masa ini, kami belum tahu samada maklumat yang didedahkan Kamek Miak Sarawak itu sahih atau tidak memandangkan tiada pengumuman rasmi oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak, mahupun Sarawak FA.

Walaupun begitu, yang pasti adalah Sarawak FA dijangka akan melancarkan jersi jenama JOMA sebelum 28 Februari ini dengan bayangan daripada beberapa laman peminat memberi bayangan bahawa ianya akan berwarna merah dan hitam.