Sarawak United sahkan logo baharu berperisai Dayak

Kelab Liga Premier Sarawak United hari ini memberi bayangan bahawa mereka bakal melancarkan logo baharu.

Berita ini mengesahkan khabar yang kami dengar pada bulan Januari lepas yang mengatakan bahawa kelab bertapak di Kuching itu bakal menukar logo mereka untuk saingan musim 2021.

Corak logo yang ditiriskan menampakkan corak perisai Dayak, dengan elemen atau ukiran Dayak turut menghiasi perisai tersebut.

Kami dimaklumkan bahawa warna hitam dan merah akan mendominasi logo ini dengan burung kenyalang yang digunapakai menjadi ciri keemasan tunggal pada logo tersebut.

Di bahagian tengah logo, khabarnya burung kenyalang yang sebelum ini adalah dipinjam dari jata kerajaan Sarawak, telah diberi nafas baharu agar ianya tidak sama dengan jata negeri.

Menariknya, kelab yang dibeli oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) ini mengeluarkan motto baharu mereka, yakni “Ku Takkan Berhenti”.

Ini sekaligus menyaksikan ada peminat memanggil logo baharu Sarawak United itu sebagai ‘Logo Ku Takkan berhenti’.

Tarikh pelancaran logo baharu Sarawak United dijangka akan sama dengan pelancaran jersi Sarawak United kelak.

Apapun, yang pasti, perubahan logo daripada menyerupai jata kerajaan Sarawak adalah satu langkah ke arah positif kelab tersebut yang kini di pimpin B Sathianathan.

Ini adalah kerana logo kini Sarawak United adalah terlalu serupa dengan logo FAS, dan kelab profesional seharusnya tidak menggunakan jata kerajaan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top