Biarpun ada sesetengah pihak mempersoalkan keupayaan Norshahrul Idlan Talaha, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan yakin dengan kemampuan beliau.

Norshahrul telah diumumkan sebagai pemain pertama dibawa masuk oleh Sarawak United musim ini merupakan pemain kebangsaan Malaysia yang telah bermain di beberapa kelab terkenal sekitar Asia Tenggara seperti BG Pathum di Thailand, dan JDT FC.

Menurut Elavarasan, jika Norshahrul, atau lebih mesra dipanggil Mat Yo, masih ada lagi kemampuan untuk menjadi aset penting kepada pasukannya.

“Melihatkan dirinya, saya rasa dia masih ada lagi kemampuan untuk menjadi seorang pemain yang kita semua kenali dahulu dan Norshahrul akan jadi aset penting buat pasukan.” kata Elavarasan kepada Malaysia Football League (MFL).

Sungguhpun yakin dengan keyakinan Mat Yo, Elavarasan juga menagih bantuan dari pemain beliau untuk membantu pemain dari Besut itu ‘menunjukkan belangnya’.

“Semua pemain perlu bersama membantunya selain mengharapkan dia juga kembali mendapat keyakinan, jika semuanya positif, saya rasa tidak ada masalah Norshahrul akan banyak berikan impak buat Sarawak United,” katanya lagi.

Selain Mat Yo, Sarawak United telah membawa masuk beberapa pemain ternama ke kelab itu musim ini termasuk Lee Chang-hoon, Tommy Mawat Bada, Amer Saidin, K. Reuben, Khair Jones dan Gopi Rizqi.

Sarawak United FC akan membuka tirai saingan Liga Premier dengan berdepan Kelantan United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 6 Mac ini.