Sarawak United perkenal logo baharu

Kelab bola sepak Sarawak United hari ini memperkenalkan logo baharu kelab tersebut.

Logo serba merah dan hitam itu menukar sepenuhnya corak burung kenyalang dengan memberi penekanan kepada nama Sarawak United FC.

Direka dengan mengaplikasikan corak Dayak, logo tersebut juga dilihat memilih untuk menggunakan perisai Dayak, yang dipanggil Terabai kali ini.

Menariknya, burung kenyalang yang digunapakai tidak lagi berwarna keemasan, sekaligus mungkin menyukarkan penggunaan nama timangan ‘ kenyalang emas’ yang digunakan sebelum ini.

Pada bulan lepas, khabar telah muncul bahawa logo Sarawak United akan diubah.

Kelmarin, pihak Sarawak United meniriskan rekaan baharu tersebut, dengan jangkaan awal bahawa ianya akan dilancarkan serentak dengan jersi baharu kelab tersebut musim ini.

Sungguhpun demikian, Sarawak United hari ini telah bertindak mengeluarkan logo tersebut untuk tatapan umum.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top