Sarawa United FC hari ini tampil memberi penjelasan rekaan terbaru untuk logo baharu mereka.

Menurut laman kelab tersebut, logo baharu tersebut ‘dilahirkan’ bagi memastikan kelab tersebut tidak melupakan elemen – elemen kebudayaan Sarawak.

Kelab ini juga mendakwa logo baharu ini berkonsep minimalis dan mengekalkan ciri – ciri Sarawak sebagai asas logo, dan perubahan ini dibuat atas kehendak pihak pengurusan kelab yang mahukan penggunaan subjek – subjek yang membentuk elemen identiti logo.

Ini dibuat dengan menggunakan Terabai (perisai Dayak) sebagai ciri asas logo tersebut yang sinonim dengan orang Dayak.

Logo tersebut juga menggunakan tiga warna utama Sarawak, yakni merah, hitam dan kuning.

Selain itu, burung kenyalaang yang merupakan burung rasmi Sarawak juga diberi tumpuan di dalam logo tersebut dengan borung tersebut diberi nafas moden bola diletakkan di tengah sayapnya yang terbuka .

Menurut Sarawak United, rekaan ini menggambarkan kemegahan dalam arena bolasepak.

Jika tidak silap kami, ini adalah kali kelima Sarawak United menukar logonya sejak ianya dimulakan bermula pada tahun 2016 dimana pada ketika itu ianya masih dikenali sebagai Kelab Bolasepak Melayu Malaysia.

Kelab itu juga menukar logonya kepada Selangor United ketika masih diuruskan KBMM, dan apabila ianya dibeli oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), perubahan logo juga dilakukan sebanyak dua kali.