Pasukan Sarawak Unitedmungkin akan memainkan perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Premier tanpa kelibat penyerang berbisanya, Uche Agba.
Perkara tersebut disebut oleh Ketua Jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan, yang menyatakan bahawa Uche telah kembali ke negara asalnya.
Menutur Elavarasan, Uche kembali ke negara asalnya untuk urusan peribadi, dan tarikh beliau kembali ke Malaysia tidak dapat dipastikan lagi.
Sungguhpun demikian, Elavarasan berharap Uche akan kembali segera.
“Uche, sebab mak dia meninggal, dia terpaksa balik ke negara dia.” kata Elavarasan.
“Jadi kita kena terima dengan kenapa dia terpaksa balik. Harap dia akan balik teoat pada waktunya.
“Tak tahu lagi masanya sebab benda ni terjadi jadi kita terpaksa melepaskan dia kerana dia terpaksa balik ke negara dia.” jelas Elavarasan.
Uche dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan Sarawak United yang terakhir dalam pusingan pertama Liga Premier, yang mana akan menyaksikan kelab tersebut berkelana ke Kota Bharu bagi melayan Kelantan FC.