Dua jurulatih bola sepak terkenal, Pengiran Bala, serta Hakimi Man mendahului senarai jurulatih dan pegawai pasukan Sarawak United III (SUFCIII) musim ini.

Dalam satu majlis simbolik pelantikan jurulatih dan pegawai pasukan tersebut Ahad lalu, kedua – dua jurulatih berpengalaman itu diperkenalkan dan menandatangani perjanjian untuk mengemudi pasukan SUFCIII.

Pengiran Bala merupakan nama yang cukup sinonim dengan bola sepak Sarawak telah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan SUFCIII.

Bekas pemain Sarawak FA ini pernah dilantik beberapa kali untuk turut mengemudi pasukan senior Sarawak FA di dalam kancah pertandingan bola sepak Liga Malayia.

Hakimi pula dalam pada itu telah dilantik sebagai penolong ketua jurulatih kepada Bala.

Seperti Bala, Hakimi juga mempunyai reputasi sendiri dan merupakan jurulatih yang cukup dikenali di Miri ekoran kejayaannya membawa pasukan yang dilatihnya menjadi juara, serta keupayaan beliau membangunkan pemain – pemain muda.

Pelantikan kedua – dua jurulatih ini telah diumumkan oleh Nazri Bin Dato Haji Ahmad Lai pada Ahad lalu, yang mana turut menyaksikan beliau mengumumkan pelantikan Abu Bakar Amran dan Fadillah Bin Ibrahim sebagai Jurulatih Kecergasan, Saller Ampuling sebagai Jurulatih penjaga gol, Ishya Sabu sebagai pembantu jurulatih penjaga gol, Lionel Lineker Barat sebagai kitman, Hamri Haji Ali dan sebagai pegawai media.

Untuk rekod, pasukan SUFCIII merupakan pasukan beliau Sarawak United dan ianya berpusat di Miri.