Pasukan Sarawak FA akan meneruskan kempen Piala FA dengan menentang pasukan Real Chukai FC.

Real Chukai yang juga merupakan salah satu pasukan di dalam Liga Amatur Terengganu yang mana merupakan salah satu liga di bawah Liga M4.

Sistem Liga M4 merupakan liga di bawah sistem liga amatur Malaysia yang diselia oleh Amateur Football League (AFL).

Pasukan Sarawak FA dijangka akan berhadapan saingan sengit dari pasukan yang diasaskan pada tahun 2015.

Perlawanan diantara Sarawak FA dan Real Chukai menjadualkan Sarawak FA sebagai tuan rumah, sekaligus bakal menyaksikan Sarawak FA melayan kunjungan di Selangor.

Sarawak FA layak ke pusingan pertama Piala FA 2020 selepas mudah menewaskan Red Spade United FC dalam perlawanan peringkat kelayakan Piala FA 2020 minggu lepas.

Senarai perlawanan pusingan pertama yang lain adalah seperti dibawah.