LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sarawak United telah membawa masuk pemain kelahiran Argentina untuk memperkuatkan barisan pertahanannya.

Bekas import PKNS FC (kini Selangor II) itu, Gonzalo Manuel Soto, sah menjadi pemain import terbaharu Kenyalang Emas.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu diumumkan sebagai pemain import baru kelab dari Sarawak itu, dengan kelab tersebut mengumumkan kemasukkannya ke Sarawak United di media sosial.

Gonzalo bukan pemain asing kepada ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan kerana pemain tinggi lampai itu pernah bermain dibawah kendalian jurulatih berpengalaman itu sewaktu Elavarasan mengemudi PKNS.

Pada ketika itu, Gonzalo telah membantu PKNS menjadi naib juara Liga Premier dan Piala FA.

Ketika di PKNS, Gonzalo juga dilihat sebagai antara tonggak utama kelab tersebut, dan beliau telah bermain dengan PKNS dari 2016 hingga 2017 sebelum berhijrah ke kelab Equador, T├ęcnico Universitario.

Pemain berbangsa Argentina itu terus menyambung karier bola sepaknya di Amerika Selatan dan menyertai Chacarita Juniors sebelum beliau berhijrah ke kelab Swiss, Bellinzona pada tahun 2019.

Menurt laman transfermarkt, Gonzalo kini bernilai RM473 ribu.

>> BELI JERSI TERBARU SARAWAK UNITED