Sarawak United hilang ‘kewarganegaraan’ Liga Super 2023

Kelab bolasepak Sarawak United telah hilang hak bertanding di Liga Super 2023 selepas Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) memutuskan bahawa kelab tersebut tidak memenuhi kriteria diberi Lesen Kebangsaan dalam satu mesyuarat yang berlangsung dari 11 – 12 Oktober lain.

Lesen Kebangsaan adalah syarat utama untuk bertanding di Liga Malaysia kini.

Ini bermakna pasukan dari Kuching itu tidak akan bersama 10 pasukan Liga Super lain yang telah diberikan Lesen Kebangsaan yakni Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, PJ City FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC, Sabah FC.

Turut mendapat tempat di Liga Super 2023 adalah Kuching City FC, yang akan ditemani pasukan Kelantan FC, Kelantan United FC, Perak FC, PDRM FC dan UiTM FC dari Liga Premier musim ini.

Menurut kenyataan FIB, Sarawak United FC gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab MFL 2022.

Sarawak United FC gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan serta mempunyai dua kes FIFA.

Kes FIFA Sarawak United dikhabarkan berkaitan dengan masalah tunggakan gaji bekas pemainnya, Sandro Da Silva Mendonca dan Taylor Francis George Regan.

Sarawak United walaubagaimanapun diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan sebelum tarikh akhir pada 19 Oktober 2022 ini.

Selain Sarawak United, Melaka United juga turut tidak mendapat Lesen Kebangsaan.  Anda boleh membaca kenyataan penuh FIB di bawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top