Sarawak United guna gelaran The Golden Hornbill? Komuniti peminat mula dikesan

Pasukan Sarawak United berkemungkinan akan menggunakan gelaran ‘The Golden Hornbill’ apabila kemas kini di media sosial rasmi pasukan tersebut turut disertai dengan ‘hashtag’ #TheGoldenHornbill.

Gelaran ‘The Golden Hornbill’ atau juga dikenali sebagai ‘Kenyalang Emas’ pernah kami bayangkan beberapa minggu lalu selepas logo Sarawak United ditunjukkan oleh pihak Malaysia Football League (MFL) dalam majlis pelancaran Liga Malaysia.

Penggunaan hashtag #TheGoldenHornbill oleh Sarawak United baru sahaja dikesan beberapa minggu ini.

Pemilihan gelaran itu walaubagaimanapun dilihat bertepatan dengan logo Sarawak United yang baharu dimana jata Sarawak khususnya burung kenyalang pada jata tersebut telah diwarnakan menjadi warna keemasan.

Jata Sarawak yang digunapakai oleh Kerajaan Sarawak berwarna serba keputihan. Dalam perkembangan sama, satu komuniti peminat Sarawak United telah dikesan di laman sosial Facebook.

Menggelar diri mereka Sarawak United Fans Club atau Sarawak United FC, laman tersebut seperti mengetahui intipati berkenaan pasukan tersebut dan telah juga menunjukkan logo serupa dengan logo rasmi Sarawak United dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Dari pemerhatian kami, kebanyakan maklumat yang mereka berikan adalah positif terhadap pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Selangor United ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top