E Elavarasen dikhabarkan sudah mula melatih pasukan Sarawak United A (SUA).
Berita ini dikhabarkan oleh laman Facebook Sayang Sarawak yang turut memuat naik gambar jurulatih itu dengan baju merah dengan mengatakan bahawa gambar tersebut diambil sebelum sesi latihan bersama pasukan SUA.
Baju yang dikenakan Elavarasen dilihat mempunyai logo seiras logo Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Elavarasan juga dilihat membawa sebuah beg yang turut mempunyai lambang seras lambang FAS.
Sebelum ini, wujud spekulasi bahawa SUA akan melantik Elavarasan sebagai ketua jurulatih SUA selepas pasukan tersebut melepaskan jurulatih Magro Olivera.
Buat masa ini, pihak kami tidak diketahui jika Elavarasan telah menandatangani kontrak untuk bersama SUA, ataupun beliau diambil oleh SUA dan perlu memenuhi tempoh percubaan dahulu seperti Magro.