Kedua – dua pasukan Kuching City FC dan Sarawak United FC akan berkongsi Stadium Negeri Kuching bagi menghabiskan sisa perlawanan Liga Malaysia mereka.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Malaysia Football League (MFL) sebentar tadi yang menyatakan bahawa badan tersebut “telah meluluskan permohonan pasukan Kuching FA dan pasukan Sarawak United FC untuk menggunakan Stadium Negeri, Kuching sebagai venue tuan rumah bagi perlawanan Liga Premier.”
MFL dalam pada itu menjelaskan bahawa pindaan tarikh perlawanan telah dibuat bagi membolehkan padang venue perlawanan tersebut mendapat satu hari rehat berdasarkan faktor perkongsian venue perlawanan oleh kedua-dua pasukan.
Pindaan tarikh perlawanan menyaksikan perlawanan Sarawak United FC menentang Kelantan United FC akan dilangsungkan pada Jumaat, 18 September 2020, dengan Kuching City FC menentang JDT II pada Ahad, 4 Oktober 2020.
Pengumuman MFL dalam pada itu menyelesaikan masalahvenue tuan rumah kedua – dua pasukan hari ini, dengan kedua – dua pasukan berkata mereka tidak kisah berkampung di Semenanjung Malaysia dengan beberapa syarat dikenakan.
Sebelum ini, CEO MFL Datuk Ghani Ab Hassan telah dirakam oleh RTM sebagai mencadangkan bahawa Kuching City akan bertapak di Stadium Pasir Gudang, manakala pasukan Sarawak United akan ke Selangor.
Kuching City akan membuka semula kempen Liga Malaysia mereka Jumaat ini dengan menentang pasukan Selangor 2 di Stadium Negeri, manakala Sarawak United akan melawat Perak 2 di Stadium Manjung pada hari berikutnya.