Kelab bolasepak Sarawak United tidak menghadapi banyak masalah malam tadi apabila mudah menewaskan pasukan Skuad Projek FAM – MSN 4-0 dalam perlawanan Liga Premier ke-16 pasukan berkenaan.
Pasukan bimbingan E. Elavarasan itu tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dengan Sandro da Silva membuka jaringan perlawanan seawal minit ke-22.
Ini diikuti oleh jarinagn Taylar Regan pada minit ke-43, sebelum Gopi Rizqi dan Nur Shamie Iszuan menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan, yakni pada minit ke-84 dan 90 perlawanan.
Kemenangan ini menolak Sarawak United terus ke persada Liga Premier dengan kelebihan dua mata mengatasi pencabar terdekat mereka Negeri Sembilan.
Sarawak United akan mengesahkan promosi ke Liga Super sekiranya berjaya memenangi dua lagi perlawanan di dalam Liga Premier.
Kelab tersebut juga boleh dinobatkan sebagai juara liga sekiranya memenangi tiga daripada empat lagi baki perlawanan yang ada.