Khabar sedang bertiup di media sosial bahawa Sarawak United FC telah mengikat Uche Agba sebagai pemain import ke-empat kelab tersebut bagi pasukan Liga Premiernya.
Pemain penyerang dari Nigeria itu bukan nama asing di dalam arena bola sepak Malaysia selepas puas menyarung jersi kelab lain separti PDRM FA dan Melaka United, disamping mempunyai pengalaman bermain di negara – negara Arab.
Berumur 34 tahun, penyerang sensasi itu terbukti mampu menjaringkan gol apabila berupaya menjaringkan sembilan gol daripada 11 perlawanan beliau sepanjang bermain di Liga Malaysia.
Berita samada pemain 1.78m itu sudah bersama Sarawak United belum disahkan oleh pihak Sarawak United, namun jika benar, ianya merupakan satu pembelian atau perpindahan yang berbaloi memandangkan rekod jaringan Uche agak mantap dalam semua pasukan yang pernah dibintanginya.
Sarawak United telah mengesahkan pengambilan tiga pemain import sebelum ini yakni Sandro Mendonca, Tylor Reagen dan Lee Chang-Hoon.
Jika Uche diambil, slot semua pemain import kelab bertapak di Kuching itu akan penuh untuk musim ini.