Kelab bola sepak Sarawak United menepati ramalan ramai dengan mengakhiri perjuangan pusingan pertama Liga Premier di persada liga tersebut.

Ini berikutan kemenangan 3 – 2 pasukan tersebut ke atas pasukan Kelantan United tempoh hari, sekaligus menyaksikan kelab bimbingan E. Elaverasan itu kini memiliki kelebihan dua mata berbanding Negeri Sembilan FC.

Tidak cukup dengan itu, Sarawak United juga mempunyai kelebihan satu perlawanan, sekaligus membolehkan mereka mampu menjarakkan diri dari sebarang saingan untuk menjuarai Liga Premier apabila pusingan kedua bermula kelak.

Rahsia kejayaan Sarawak United pada pusingan pertama adalah kekebalan barisan pertahanannya yang diketuai pemain import Taylor Regan.

Sepanjang 10 perlawanan pusingan pertama, barisan pertahanan Sarawak United hanya dibolosi sebanyak enak kali.

Jika kekebalan barisan pertahanan Sarawak United terus ampuh, tidak mustahil Sarawak United akan menepati ramalan dan menjuarai Liga Premier pada musim ini.

Sarawak United akan memulakan saingan pusingan kedua mereka pada 20 Jun ini dengan menentang Perak II.