Dua perlawanan Liga Premier pada pusingan pertama yang gagal diadakan telah dijadulkan semula oleh pihak Malaysia Football League (MFL).

Dua perlawanan tersebut melibatkan empat pasukan, yakni pasukan Selangor FC II, Sarawak United FC, Perak FC II dan Kelantan FC.

Sebelum ini perlawanan di antara Selangor FC 2 dengan Sarawak United FC terpaksa ditunda ekoran cuaca buruk manakala perlawanan Perak FC II menentang Kelantan FC telah ditunda disebabkan pemain-pemain Kelantan FC diarahkan untuk kuarantin selama 10 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Arahan kuarantin itu adalah ekoran terdapat pemain mereka didapati positif Covid-19.

Dalam pada itu tarikh baharu perlawanan Perak FC II menentang Kelantan FC adalah pada 29 June 2021 manakala perlawanan Selangor FC 2 menentang Sarawak United FC adalah 30 Jun 2021.