Dua pemain dari skuad juara Piala Sarawak, Samarahan, kini diberi peluang untuk bermain pada peringkat lebih tinggi lagi apabila mereka dipelawa oleh Sarawak untuk menyertai sesi ujian yang diadakan minggu ini.
Kedua-dua Mohd Izzat dan Mohd Ibrahim Jobli merupakan pemain pantas di bahagian sayap.
Menurut akhbar Utusan Sarawak, kedua-dua pemain tersebut berjaya mencuri tumpuan Robert Alberts yang merupakan pengendali utama pasukan Bujang Senang.
Jika mereka berjaya memikat hati Robert Alberts, kedua-dua pemuda tersebut dijangka akan diserap ke skuad 2015 Sarawak, dan memberi saingan kepada Ashri Chuchu dan Partiban yang dijangka turun sebagai kesebelasan utama Sarawak pada musim hadapan.