Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais mahukan kemenangan memihak kepada pasukan Sarawak menjelang perlawanan Liga Super ke-empat menentang Pulau Pinang esok.
Memetik laporan oleh Utusan Borneo, Dato Posa berkata prestasi semasa pasukan Sarawak pada masa ini boleh membayangkan kemampuan sebenar pasukan Sarawak dan dapat menentu halatuju pasukan untuk musim ini.
Tambahnya lagi, kemenangan amat penting bagi memperbaiki ‘mood’, keyakinan dan semangat pasukan secara keseluruhan.
Sarawak perlu menang untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Super setelah hanya berjaya memungut 1 mata dari 3 perlawanan sebelum ini.
Dalam pada itu, pasukan Sarawak telahpun berlepas ke Pulau Pinang untuk perlawanan Liga Super yang akan dijalankan di Stadium Negeri di Batu Kawan, Pulau Pinang jam 9 malam esok.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Bukan kalah itu biasa kah? Apa presiden tok… x tauk players dah susah payah main kah? Kahkahkah
Shooting mesti sui2.. jgn tumpu bol ke laut ke langit jak2
kalah itu adat permainan kata si polan polan.
Menang ? Lama dah sik dengar boyak menang haha
Dh 3 game..seri…kalah…kalah…!!!menang lom juak…jmpa Pulau Pinang mesti menang…Encang Swk encang….4 game 4 mata….
Mun rasa diri org sarawak…jgn lejuk nyokong sarawak….mun rasa mok kluar sarawak,..try la maki team sarawak…..sarawak mesti menang esok….x menang pun seri
Tol
pa k lambang kuching fa indah…sarawak fa nya pun lambang boyak jari madah best…
harap mlm esok team sarawak menang gik,,,
Hahaha kalah terus pekara biasa.adat mainan walau seribu taun kalah trus pkara biasa
Mesti menang
Kalau kali ini pun klh juga,memang tahun ini Sarawak besar kemungkinan terhumban ke dasar liga..sedih..u..u..