Wakil Rakyat Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman menyeru warga Kuching untuk memberikan sokongan kepada peserta baru Liga FAM 2017.
Fazzrudin yang turut merupakan pengurus pasukan Kuching FA menjangkakan bahawa pasukan Kuching akan menerima cabaran sengit setelah diundi dalam Kumpulan B Liga FAM yang turut menempatkan pasukan-pasukan seperti PJ Rangers, Terengganu City FC , SAMB FC, Sungai Ara FC, PBMS FC dan Penjara FC.
Sungguhpun demikian, Fazzrudin tetap optimis dengan menyasarkan pasukan Kuching FA untuk kekal dalam Liga FAM dan sekurang-kurangnya sampai ke peringkat suku akhir kejohanan tersebut.
Kuching FA menjadi antara muka baru dalam saingan Piala FAM setelah berjaya menjadi johan Liga Bolasepak Rakyat edisi pertama. Perlawanan Piala FAM akan diadakan di Stadium Negeri pada petang ahad .
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




ada jadual kuchig fa ka main liga fam tok???
Blom ada gik. mun ada kelak akan kmk padah
ok…kmk tertunggu jk game kuching
Mesti sokong kuching fa ..
Khairull Nizam
Au bbaloi gik sokong Kuching FA dari team boyak ia haha
Bakal wakil boyak kartun di liga perdana.. Alhamdulillah.. harap lepas laah liga FAM. #majulahkuchingfa