Pasukan Sarawak FA tewas kepada UKM FC dalam aksi separuh akhir Challenge Cup malam ini.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada akhir babak pertama namun UKM berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 perlawanan melalui pemain import Milad Zanidpour.
Sarawak telah cuba bangkit dengan serangan berbahaya hasil gerakan Hudson Dias namun anak didil Denny Da’ail terus buntu memecah kubu UKM yang dikawal ketat.
Kedudukan memihak UKM FC itu kekal sehingga tamat masa penuh sekaligus menyukarkan Sarawak untuk melayakkan diri ke aksi final Challenge Cup kelak.
Sarawak akan bertemu UKM pada aksi timbal balik Challenge Cup pada 28 September kelak.